Pelaburan, Unit Amanah , Takaful , Simpanan Persaraan & Pendidikan,
Investment, Unit Trust , Takaful ,Retirement & Education Fund
(KWSP, Tunai, DDI, SI , Kredit/Debit)

Monday, October 13, 2008

Tetapkan Matlamat Pelaburan Anda !!!

Di sini saya nak beri penjelasan berkenaan pelaburan.. ketika pasaran dunia yang suram..
Walaupun harga turun naik ianya adalah normal masih ramai yang takut untuk membeli kerana risiko kerugian . Akan tetapi kita perlu ambil peluang ke atas harga semasa yang murah di bawah paras harga sebenar saham-saham dari syarikat korporat Malaysia kerana asas ekonomi negara adalah kukuh.
Contohnya, Maybank untung lebih RM2 billion, CIMB Bank RM2.xx billion, Public Bank 1.7 billion , Sime Darby RM2 billion, Telekom RM2 billion , Titan 750 juta.

Kejatuhan syarikat global akibat daripada krisis sub-prima seperti Lehman Brothers, Merry Lynch, American International Group memberi sedikit impak kepada saham syarikat Malaysia. Justeru itu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang adalah lebih baik.

Sejarah telah membuktikan bahawa harga saham melambung terlalu tinggi dan jatuh gedebap. Ianya disebabkan faktor permintaan & spekulasi bukan bersandarkan asas satu-satu syarikat. Langkah yang terbaik adalah membeli pada harga yang rendah ketika ini untuk mendapat unit yang banyak kerana jumlah dividen yang dibayar bersandarkan kepada jumlah unit yang dimiliki bukan jumlah wang yang dilaburkan.

at service;
Md sulaiman Ismail 013-7556776

No comments: