Pelaburan, Unit Amanah , Takaful , Simpanan Persaraan & Pendidikan,
Investment, Unit Trust , Takaful ,Retirement & Education Fund
(KWSP, Tunai, DDI, SI , Kredit/Debit)

Saturday, February 19, 2011

FBM KLCI boleh cecah 1,700 hingga 1,900 mata

Firma teknologi bakal lonjak pasaran saham tempatan
BURSA Malaysia yang mencatatkan peningkatan sebanyak 19.4 peratus tahun lalu, kekal diberikan penarafan menarik untuk tahun ini oleh sekumpulan firma pengurus dana serantau.
Mengikut kaji selidik Fundsupermart.com (FSM) yang membabitkan 24 firma pengurus dana Singapura, Malaysia, Hong Kong dan India, indeks FBM KLCI diunjurkan terus mencatatkan pertumbuhan dua angka untuk ditutup pada paras tertinggi 1,700 mata tahun ini dan 1,900 mata pada 2012.

Pada tahun lalu, pencapaian sebenar FBM KLCI mengatasi jangkaan kaji selidik sama yang dibuat FSM.Di bawah kaji selidik terbaru itu, pasaran saham tempatan memperoleh penarafan 3.5 bintang yang meletakkannya lebih menarik daripada pasaran saham Singapura dan Jepun.

Pengurus Penyelidik FSM, Eddy Wong, berkata secara asasnya pasaran saham tempatan tahun ini akan menjejaki arah aliran pertumbuhan kukuh pasaran serantau yang kebanyakannya dijangka mencatat paras tertinggi dalam sejarah.

“Pertumbuhan di negara pasaran sedang berkembang pesat secara asasnya akan memacu pertumbuhan pasaran global berbanding negara maju,” katanya pada taklimat media ‘Di Mana Dan Apa Yang Perlu Dilabur Pada 2011’ di Kuala Lumpur, semalam.
Dari segi sektor, Wong berkata, firma teknologi dijangka akan kembali menarik perhatian pelabur tahun ini selepas kali terakhir ia menjadi tumpuan kira-kira 10 tahun lalu, menjejaki prestasi semasa indeks berasas teknologi Nasdaq 100 di Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, saham syarikat teknologi berada pada kemuncak sekitar 1999 hingga 2003 di kebanyakan pasaran dunia, termasuk Malaysia berikutan letusan teknologi global waktu itu sebelum pelaburan berlebihan mengheretnya turun sehingga ketika krisis kewangan global tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan penilaian semasa, syarikat teknologi termasuk di Malaysia kebanyakannya mempunyai imbangan tunai yang kukuh berikutan adanya beberapa penemuan serta produk baru dalam pasaran.“Sektor teknologi juga mempunyai paras tunai yang tinggi dan paras hutang yang rendah,” katanya.

Sementara itu, Wong berkata, pendapatan korporat yang kukuh dan peningkatan keyakinan pelabur akan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi utama di pasaran sedang berkembang pesat pada 2011.

“Perbelanjaan kukuh kerajaan dan domestik daripada sektor swasta akan mengimbangi nilai eksport yang lemah berikutan pengukuhan nilai mata wang di kebanyakan negara pasaran sedang muncul,” katanya.

FSM adalah cabang pengedaran dana dalam talian iFAST Capital, sebuah anak syarikat iFAST-OSK Sdn Bhd iaitu syarikat usaha sama antara OSK Investment Bank Bhd dan iFAST Corporation Pte Ltd.

Sumber : Berita harian 18.02.2011

Wednesday, February 2, 2011

Berapakah Dividen KWSP 2010???

KWSP dianggarkan beri dividen 5~6 % tahun ini berdasarkan pendapatan sehingga Sept'2010

Suku 1- RM5.55 billion

Suku 2 : RM5.93 billion

Suku 3 :RM5.75 billion

Suku 4 : RM5.XX billion (belum diumumkan ini adalah angka anggaran)

Dengan jumlah terkumpul aset dalam KWSP RM425 billion berapa dividennya...Fikirlah jika anda bersara akan datang... Adakah ia mencukupi...

Beri peluang kepada diri anda memilih yang terbaik untuk anda..
Hubungi : Mdsulaiman 013-7556776 atau mdsulaiman1@gmail.com