Pelaburan, Unit Amanah , Takaful , Simpanan Persaraan & Pendidikan,
Investment, Unit Trust , Takaful ,Retirement & Education Fund
(KWSP, Tunai, DDI, SI , Kredit/Debit)

Wednesday, March 17, 2010

Facebook & Logo baru Jplatinum

Assalamualaikum, hari ini aku telah create logo baru untuk JPlatinum Group dan Facebook group.

Lihat di Jplatinum Group.

Sesiapa yang belum jadi member Jplatinum boleh hubungi terus di talian 013-7556776.

Saturday, March 6, 2010

KWSP Isytihar Dividen 5.65% Bagi 2009

Bayaran Dividen Tertinggi RM19.63 bilion

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan mengisytiharkan kadar dividen 5.65 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009. Kadar dividen ini diisytihar setelah KWSP memperoleh pendapatan bersih tertinggi pernah dicapai sebanyak RM19.63 bilion.

Pendapatan bersih ini merupakan peningkatan 34.82 peratus berbanding RM14.56 bilion dicatatkan pada 2008 manakala kadar dividen 2009 merupakan peningkatan ketara sebanyak 115 mata asas berbanding kadar 4.50 peratus yang dibayar pada tahun 2008.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, “2009 merupakan tahun yang penting bagi KWSP kerana berjaya keluar daripada krisis kewangan global. Walaupun KWSP terus berdepan dengan persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan, pelaburan KWSP berupaya memberikan prestasi yang kukuh pada tahun itu.”

Pada tahun yang diulas ini, sebanyak 72.53 peratus pelaburan dilaburkan dalam Instrumen Berpendapatan Tetap selaras dengan pendekatan pelaburan berhemah yang diamalkan KWSP. Sebanyak 27.05 peratus dilaburkan dalam pelaburan Ekuiti dan selebihnya dalam Hartanah.

Setakat 31 Disember 2009, portfolio pelaburan KWSP meningkat 8.55 peratus atau RM29.25 bilion kepada RM371.26 bilion berbanding RM342.01 bilion pada 2008.

Pada 2009, KWSP memerlukan sejumlah RM3.43 bilion untuk membayar satu peratus dividen berikutan pertambahan dalam jumlah ahli. Jumlah ini meningkat 7.86 peratus berbanding RM3.18 bilion yang diperlukan bagi membayar satu peratus dividen pada 2008.
Ahli boleh menyemak dividen 2009 yang dikreditkan ke dalam akaun mereka mulai Isnin, 8 Mac 2010.

“Prospek 2010 bergantung kepada prestasi ekonomi negara dan global. Buat masa ini, keadaan pasaran kewangan global masih tidak stabil dan boleh memberikan kesan kepada nilai pelaburan dan pendapatan masa depan KWSP. Bagaimanapun, KWSP akan terus memberikan tumpuan kepada matlamat utamanya melindungi simpanan ahli dan memberikan pulangan nyata yang munasabah,” kata Tan Sri Samsudin.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana pencen terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

Sumber : KWSP