Pelaburan, Unit Amanah , Takaful , Simpanan Persaraan & Pendidikan,
Investment, Unit Trust , Takaful ,Retirement & Education Fund
(KWSP, Tunai, DDI, SI , Kredit/Debit)

Wednesday, November 2, 2011

TAKAFUL AM & ROADTAX

KEPAKARAN KAMI ADALAH menyelesaikan masalah dan memberi perkhidmatan yang terbaik, dipercayai dan diyakini di dalam memperbaharui TAKAFUL @ INSURANS DAN CUKAI JALAN KENDERAAN dengan cara yang mudah, jimat masa dan jimat wang anda.

Kami perhatikan ramai yang terpaksa mengambil cuti atau keluar hampir separuh hari semata-mata untuk memperbaharui insuran/road tax/membuat tuntutan. Mereka terpaksa mengharungi jalan yang sesak, panas dan hujan. Hal ini memang tidak digemari dan boleh dielakkan.

Kami akan membantu anda dalam hal ini. Kami percaya, anda tidak harus keseorangan dalam melindungi hak anda sebagai pemegang polisi. Kami juga mempunyai kaedah untuk anda memperbaharui INSURAN & ROAD TAX yang sangat berfaedah kepda anda seperti:

1) Menjimatkan masa tanpa perlu mengambil cuti semata-mata untuk urusan di Bank & JPJ
2) Menjimatkan tenaga dari keluar ke Bank & JPJ yang akan menempuhi kesesakan jalan
3) Menjimatkan wang dari kos-kos sampingan seperti duit parking & petrol
4) Mengelakkan stress beratur di Pejabat POS & JPJ
5) Mengelakkan bosan menunggu di Bank untuk mendapatkan geran

Mahukah anda kami uruskan dan jimatkan masa anda?
Jika YA hubungi kami : 0137556776, 0177030656

Thursday, September 1, 2011

Recession 2011

Indeks KLCI menokok 2.46 mata or 0.17% kepada 1447.27 mata pada hari Isnin 29.08.2011. Indeks kewangan meningkat 0.63% kepada 13669.59 mata, indeks hartanah meningkat 1.21% kepada 946.04 mata dan indeks perladangan menurun 0.30% kepada 7218.89 mata. " Petikan dari Bursa Saham Kuala Lumpur"

Pelabur tersohor Warren Buffet terus membeli saham-saham ketika pasaran saham jatuh merundum ekoran penurunan "credit rating" oleh Standard & Poor dan menyifatkan penurunan "credit rating" ke atas US adalah satu kesilapan yang dilakukan.

Buffet juga memberitahu pihak FORTUNE bahawa beliau sedikit pun tidak terkesan dengan penurunan saham ini dan beliau juga tidak nampak sebarang petanda bahawa akan berlakunya kegawatan ekonomi seperti sebelum ini.

Hingga setakat ini perniagaan kembali pulih & keadaan di "Europe" juga tidaklah seburuk yang dijangkakan hanya perniagaan yang melibatkan pembinaan rumah di lihat hampir ke penghujungnya.

PENURUNAN PASARAN SAHAM adalah satu PELUANG, walau bagaimanapun TETAPKAN MATLAMAT PELABURAN.

Untuk maklumat lanjut hubungi : MD Sulaiman Ismail 013-7556776 @ mdsulaiman1@gmail.com

Sunday, May 8, 2011

Lahirkan 100 jutawan Dalam masa 20 tahun

Dengan pelan perancangan yang baik dan usaha yang tidak mudah mengalah ianya pasti akan menjadi. Kata orang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan dan menggengam bara biar sampai jadi arang.
Gara-gara nak kaya cepat ramai yang terjebak dengan Skim Cepat Kaya ... Tanpa usul periksa mereka nak jadi kaya terus melabur. Nah sapa yang rugi. Namun masih ramai yang tak serik-serik lagi. Adalah lebih baik melabur dengan syarikat yang telah berdaftar dengan suruhanjaya sekuriti.
Kini dengan menyimpan=melabur serendah RM100 anda boleh jadi JUTAWAN dengan syarat anda ada disiplin yang tinggi.

Sekiranya anda mahu penjelasan lanjut hubungi : Md Sulaiman Bin Ismail 013-7556776

Saturday, March 12, 2011

Gempa bumi & Tsunami Jepun

Semalam tsunami setinggi 10 meter di Jepun meranapkan bandar berhampiran dengan pantai. Manakala gempa bumi meruntuhkan rumah & bangunan . Bertafakur sebentar!! mengenangkan musibah yang melanda negara mata terbit itu kerana rakan-rakan kita ada disana melanjutkan pelajaran atau menjalani latihan kerja...

Dijangkakan KDNK Japan akan menyusut 1% daripada USD4.338 trillion . Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan langsung ke atas ekonomi Malaysia tahun ini. Ini diperjelaskan oleh Dato Mukhriz semalam.

Dalam pelaburan sederhana & jangka panjang adalah lebih memberi pulangan yang lumayan kepada pelabur. Krisis adalah peluang. Ini adalah kerana harga unit semasa akan turun dan kita mengambil peluang ini untuk mendapatkan unit yang lebih banyak.

Bagi menambah simpanan persaraan masa depan adalah digalakkan mengambil peluan ketika ini.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi : Md Sulaiman Ismail 013-7556776 @ mdsulaiman1@gmail.com

Saturday, February 19, 2011

FBM KLCI boleh cecah 1,700 hingga 1,900 mata

Firma teknologi bakal lonjak pasaran saham tempatan
BURSA Malaysia yang mencatatkan peningkatan sebanyak 19.4 peratus tahun lalu, kekal diberikan penarafan menarik untuk tahun ini oleh sekumpulan firma pengurus dana serantau.
Mengikut kaji selidik Fundsupermart.com (FSM) yang membabitkan 24 firma pengurus dana Singapura, Malaysia, Hong Kong dan India, indeks FBM KLCI diunjurkan terus mencatatkan pertumbuhan dua angka untuk ditutup pada paras tertinggi 1,700 mata tahun ini dan 1,900 mata pada 2012.

Pada tahun lalu, pencapaian sebenar FBM KLCI mengatasi jangkaan kaji selidik sama yang dibuat FSM.Di bawah kaji selidik terbaru itu, pasaran saham tempatan memperoleh penarafan 3.5 bintang yang meletakkannya lebih menarik daripada pasaran saham Singapura dan Jepun.

Pengurus Penyelidik FSM, Eddy Wong, berkata secara asasnya pasaran saham tempatan tahun ini akan menjejaki arah aliran pertumbuhan kukuh pasaran serantau yang kebanyakannya dijangka mencatat paras tertinggi dalam sejarah.

“Pertumbuhan di negara pasaran sedang berkembang pesat secara asasnya akan memacu pertumbuhan pasaran global berbanding negara maju,” katanya pada taklimat media ‘Di Mana Dan Apa Yang Perlu Dilabur Pada 2011’ di Kuala Lumpur, semalam.
Dari segi sektor, Wong berkata, firma teknologi dijangka akan kembali menarik perhatian pelabur tahun ini selepas kali terakhir ia menjadi tumpuan kira-kira 10 tahun lalu, menjejaki prestasi semasa indeks berasas teknologi Nasdaq 100 di Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, saham syarikat teknologi berada pada kemuncak sekitar 1999 hingga 2003 di kebanyakan pasaran dunia, termasuk Malaysia berikutan letusan teknologi global waktu itu sebelum pelaburan berlebihan mengheretnya turun sehingga ketika krisis kewangan global tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan penilaian semasa, syarikat teknologi termasuk di Malaysia kebanyakannya mempunyai imbangan tunai yang kukuh berikutan adanya beberapa penemuan serta produk baru dalam pasaran.“Sektor teknologi juga mempunyai paras tunai yang tinggi dan paras hutang yang rendah,” katanya.

Sementara itu, Wong berkata, pendapatan korporat yang kukuh dan peningkatan keyakinan pelabur akan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi utama di pasaran sedang berkembang pesat pada 2011.

“Perbelanjaan kukuh kerajaan dan domestik daripada sektor swasta akan mengimbangi nilai eksport yang lemah berikutan pengukuhan nilai mata wang di kebanyakan negara pasaran sedang muncul,” katanya.

FSM adalah cabang pengedaran dana dalam talian iFAST Capital, sebuah anak syarikat iFAST-OSK Sdn Bhd iaitu syarikat usaha sama antara OSK Investment Bank Bhd dan iFAST Corporation Pte Ltd.

Sumber : Berita harian 18.02.2011

Wednesday, February 2, 2011

Berapakah Dividen KWSP 2010???

KWSP dianggarkan beri dividen 5~6 % tahun ini berdasarkan pendapatan sehingga Sept'2010

Suku 1- RM5.55 billion

Suku 2 : RM5.93 billion

Suku 3 :RM5.75 billion

Suku 4 : RM5.XX billion (belum diumumkan ini adalah angka anggaran)

Dengan jumlah terkumpul aset dalam KWSP RM425 billion berapa dividennya...Fikirlah jika anda bersara akan datang... Adakah ia mencukupi...

Beri peluang kepada diri anda memilih yang terbaik untuk anda..
Hubungi : Mdsulaiman 013-7556776 atau mdsulaiman1@gmail.com

Saturday, January 29, 2011

FBM KLCI dijangka cecah 1,780 mata tahun depan (2011)

Sumber : Utusan Online (15 November 2010)

FBM KLCI dijangka cecah 1,780 mata tahun depan

PASARAN saham negara berpotensi menjalani aliran peningkatan ‘super’ yang bakal menyaksikan penanda arasnya, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) melonjak mencecah 1,780 mata menjelang akhir tahun depan, kata Penganalisis Pasaran, SN Lock.

Selepas merekod paras tertinggi dalam sejarah pada minggu lalu, FBM KLCI dan pasaran utama global khususnya Eropah kembali susut pada Jumaat susulan kebimbangan langkah menaikkan kadar faedah oleh bank pusat serta masalah hutang Ireland.

Lock, bagaimanapun berkata, penyusutan selepas kenaikan tinggi pasaran adalah sesuatu yang diperlukan oleh FBM KLCI untuk membolehkan ia meneruskan aliran peningkatannya setelah merekodkan paras tertinggi 1,528.01 mata.

“Sasaran utama bagi tahun depan adalah antara 1,691 hingga 1,780 mata, dengan paras sokongan kritikal pada 1,440 hingga 1,550 mata,” katanya pada Forum Pelaburan Kewangan Persendirian TheEdge di Kuala Lumpur, kelmarin.

Dari segi prospek lebih baik, Lock berkata jika sasaran 1,780 itu dilepasi, FBM KLCI juga mampu meningkat mencecah 1,869 hingga 1,958 mata pada 2011.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Maybank Investment Bank (Maybank-IB), Wong Chew Hann, berkata wujud potensi peningkatan aliran masuk dana asing ke pasaran ekuiti Malaysia.

“Kami menjangka kadar dasar semalaman kekal stabil atau sekurang-kurangnya sehingga separuh kedua 2011. Ekuiti adalah kelas aset paling menarik untuk dilabur dalam situasi regim kadar faedah yang rendah,” katanya.

Beliau bagaimanapun, menyasar FBM KLCI mampu melonjak mencecah 1,660 mata menjelang akhir 2011. – BERNAMA