Pelaburan, Unit Amanah , Takaful , Simpanan Persaraan & Pendidikan,
Investment, Unit Trust , Takaful ,Retirement & Education Fund
(KWSP, Tunai, DDI, SI , Kredit/Debit)

Thursday, October 23, 2008

HOURLY RATE

WHAT IS HOURLY RATE?

HOURLY RATE IS YOUR HOUR SALARY .. EXAMPLE YOUR SALARY BY MONTHLY IS RM2500.00.
HOW TO GET MY HOURLY RATE? IT'S EASY , PLEASE REFER TO BELOW INFO..

MONTHLY SALARY RM2500.00
WORKING DAY 22 DAYS
DAILY WORKING HOURS 8.00 HOURS

HOURLY RATE = (RM2500/20 DAYS)
= (RM125/8 HOURS)
= RM15.63 HOUR

NOW YOU CAN CALCULATE YOUR HOURLY RATE..


THIS INFORMATION AS INFORM YOU REGARDING FINANCIAL ACTIVITY INCLUDE INVESTMENT.
IS THAT YOU ENOUGH YOUR SALARY NOW. YOU THINK IN THIS TIME GLOBAL ECONOMY NOT SO GOOD , IS IT PRICE FOR FOOD IS LOWER??? I'M NOT THINK SO .

SO THINK FOR INVESTMENT... & FINANCIAL
YOU CHOOSE YOURSELF EITHER INVESTOR OR UNIT TRUST CONSULTANT.

ACTION NOW FOR BETTER RETURN..


AT SERVICE
MD SULAIMAN BIN ISMAIL 013-7556776
mdsulaiman1@gmail.com

Tuesday, October 21, 2008

PERUNDING UNIT AMANAH

Kami mempunyai kekosongan lima puluh jawatan kosong sebagai perunding unit amanah profesional. Pelbagai keistimewaan yang akan diperoleh sebagai perunding unit amanah.
Anda mempunyai peluang yang cerah apabila menyertai kumpulan yang cergas di Johor Bahru.


Antaranya;

1. Komisen dari 2.75% ke-atas dengan pendapatan 4~5 angka sebulan.
2. Komisen kumpulan
3. Bonus tahunan
4. Bonus kumpulan
5. Faedah karier
6. Kenaikan pangkat yang tiada had.
7. Melancong ke luar negara
8. Malam penghargaan

Syarat :
1. Berumur 21 tahun ke atas
2. Memiliki sijil SPM ke atas

Mudahkan! Kalau begitu hubungi;

Md sulaiman Ismail @ mdsulaiman1@gmail.com
Talian hayat : 013-7556776

Saturday, October 18, 2008

RIZAB NEGARA KUKUH TAPI PELABUR TAKUT!!



Malaysia & China adalah negara yang mempunyai rizab matawang asing yang tinggi dan hutang yang rendah kerana pelabur asing banyak melabur dalam negara ini. Manakala Korea, Indonesia & Filipina adalah negara yang akan menerima tempias yang teruk akibat dari kesan ekonomi Amerika Syarikat kerana hutang luar yang tinggi.

Manakala pelabur-pelabur saham tempatan masih bimbang kesan ekonomi AS. Kalau nak tengok saham semasa setiap hari makin bertambah panik kerana akan rugi dan rugi. Mula-mula beli unit trust pada harga tinggi tapi sekarang dah tinggal 70%~75% sahaja. Harga unit amanah menurun kerana kesan dari pelabur yang menarik modal dari pasaran.

Saranan kepada pelabur unit amanah perlu menambah tabungan untuk mendapat unit yang banyak dan kos pelaburan anda dapat dikurangkan.

Fikir untuk matlamat jangkamasa panjang ( Persaraan anda ).

Untuk mendapat keterangan lanjut hubungi:
Talian hayat : 013-7556776
mdsulaiman1@gmail.com

Friday, October 17, 2008

UNIT AMANAH PATUH SYARIAH

Ramai orang tidak menitikberatkan soal riba & gharar akan tetapi adalah dengan jelas Islam menekankan supaya kita menghindarkannya. Pelaburan & simpanan di bank juga harus dipastikan statusnya sama ada mengikut prinsip syariah atau pun tidak. Kita boleh merujuk kepada mereka yang arif tentang kewangan Islam.

Banyak lagi dana Islam yang boleh kita melabur. Pulangan sekitar 12~15 % setahun dan disarankan pelabur menyimpan minimum 3~5 tahun dan lebih. Malahan untuk wang persaraan tambahan di masa depan .

Untuk lebih jelas anda boleh menghubungi saya sebagai perunding pelaburan syariah anda dengan pulangan yang tidak kurang lumayan.

Talian hayat :
Md Sulaiman Ismail 013-7556776
mdsulaiman1@gmail.com

Thursday, October 16, 2008

EKONOMI , NEGARA DAN ANDA

Pada 11/10/2008 Spekulator mata wang, George Soros menyebut bahawa krisis kewangan kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah hidupnya.

Penurunan terhadap pasaran kewangan global berlaku serius dalam bulan ini.Sebenarnya fenomena ini adalah fenomena biasa dalam sistem ekonomi. Kebiasaan ekonomi akan berlaku penurunan selepas 10 tahun. Contohnya pada tahun 1987/88. Malaysia pernah berdepan dengan masalah ekonomi, selepas itu tahun 1998 dan sekarang tahun 2008.Ini dijelaskan sendiri dalam kisah Nabi yusuf yang menyebutkan bahawa pemerintah mesti bersedia untuk berdepan dengan kemelesetan ekonomi dengan menjana perbelanjaan berhemah ketika ekonomi berada dalam keadaan stabil. Apabila ekonomi berada dalam penurunan. Perbendaharaan negara masih mampu menampung kemerosotan tersebut.Dalam kisah Nabi Yusuf. Mesir ketika itu bukan sekadar mampu menangani kemerosotan ekonomi, bahkan mampu memberi pertolongan kepada negara lain.

Firman Allah SWT yang bermaksud :(setelah ia berjumpa Dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang Yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada Kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu Yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu Yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) Yang hijau serta tujuh tangkai lagi Yang kering; (tafsirkanlah) supaya Aku kembali kepada orang-orang Yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya". Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa Yang kamu ketam biarkanlah Dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian Yang kamu jadikan untuk makan. kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun Yang besar, Yang akan menghabiskan makanan Yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa Yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun Yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)". (surah Yusuf 46-49).

Ini menandakan bahawa teori ekonomi sentiasa berlaku peningkatan dan penurunan. Oleh itu pelabur jangan panik ketika ini. Pelabur-pelabur unit amanah adalah disarankan membeli secara berterusan kerana penurunan harga memberi peluang kita mendapat unit yang lebih. Apabila ekonomi pulih semula, harga unit akan naik semula dan pelabur akan meraih keuntungan yang sangat lumayan.

Pelaburan melalui KWSP adalah satu cara yang baik untuk persaraan kita . Di mana kita boleh melabur secara konsisten setiap 3 bulan. Mungkin juga kerajaan dah dapat menjangka ekonomi dunia akan meleset justeru pelaburan melalui unit amanah dibuka kepada semua peringkat umur dengan syarat kelayakan yang munasabah . Jadi bertindak dengan BIJAK!!

Talian hayat dibuka ;
Md Sulaiman Ismail 013-7556776
mdsulaiman1@gmail.com

PERBANDINGAN DENGAN PELABURAN SAHAM & SIMPANAN DI BANK

a. Pelaburan Unit Amanah dan Pelaburan Saham
Secara umumnya, pelaburan saham dapat memberikan pulangan terbaik dalam tempoh jangkamasa panjang tetapi disebabkan harganya boleh turun naik terutamanya dalam jangkamasa singkat, ia dianggap sebagai pelaburan yang berisiko. Manakala, bagi pelaburan di dalam unit amanah, risiko telah dikurangkan disebabkan oleh pelbagaian pelaburan. Mempelbagai portfolio pelaburan adalah penting untuk menjayakan matlamat pelaburan seseorang. Manakala pelaburan awal unit amanah RM1000 dan tambahan RM100 pada setiap transaksi. [ contoh : www.publicmutual.com.my ]

b. Pelaburan Unit Amanah dan Deposit Tetap di Bank
Bagi deposit di bank pula ianya tidak berubah daripada segi nilainya tetapi pulangannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan unit amanah yang mana walaupun mempunyai risiko, tetapi dikurangkan dengan pelbagaian pelaburan yang baik. Biasanya pulangan deposit tetap sekitar 3.00% ~ 4.00% setahun ,ianya ditentukan oleh pihak bank dan bersyarat contohnya tempoh masa dan syarat minimum deposit.

Untuk keterangan lanjut hubungi :
Md sulaiman Ismail 013-7556776
Mdsulaiman1@gmail.com

Monday, October 13, 2008

Tetapkan Matlamat Pelaburan Anda !!!

Di sini saya nak beri penjelasan berkenaan pelaburan.. ketika pasaran dunia yang suram..
Walaupun harga turun naik ianya adalah normal masih ramai yang takut untuk membeli kerana risiko kerugian . Akan tetapi kita perlu ambil peluang ke atas harga semasa yang murah di bawah paras harga sebenar saham-saham dari syarikat korporat Malaysia kerana asas ekonomi negara adalah kukuh.
Contohnya, Maybank untung lebih RM2 billion, CIMB Bank RM2.xx billion, Public Bank 1.7 billion , Sime Darby RM2 billion, Telekom RM2 billion , Titan 750 juta.

Kejatuhan syarikat global akibat daripada krisis sub-prima seperti Lehman Brothers, Merry Lynch, American International Group memberi sedikit impak kepada saham syarikat Malaysia. Justeru itu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang adalah lebih baik.

Sejarah telah membuktikan bahawa harga saham melambung terlalu tinggi dan jatuh gedebap. Ianya disebabkan faktor permintaan & spekulasi bukan bersandarkan asas satu-satu syarikat. Langkah yang terbaik adalah membeli pada harga yang rendah ketika ini untuk mendapat unit yang banyak kerana jumlah dividen yang dibayar bersandarkan kepada jumlah unit yang dimiliki bukan jumlah wang yang dilaburkan.

at service;
Md sulaiman Ismail 013-7556776