Pelaburan, Unit Amanah , Takaful , Simpanan Persaraan & Pendidikan,
Investment, Unit Trust , Takaful ,Retirement & Education Fund
(KWSP, Tunai, DDI, SI , Kredit/Debit)

Saturday, February 7, 2009

Inflasi Ancaman Yang Senyap!!

Dua puluh tahun yang lalu harga nasi lemak hanya berharga 50 sen . Hari ini telah naik sehingga RM5. Jadi jangan terkejut jika sepuluh tahun lagi kita akan terpaksa membayar dua kali ganda harga sekarang. Semuanya kerana inflasi. Inflasi berganda boleh memberi kesan buruk dan taraf hidup anda sekiranya tidak diawasi.

Namun begitu kita perlu kaji apakah sebabnya dan bagaimana kita boleh mengatasinya?

Apakah itu inflasi?
Inflasi ditakrifkan sebagi peningkatan bernasur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan, dan ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan. Sekiranya inflasi naik, setiap ringgit anda miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Dengan kata lain, terdapat kemerosotan dalam kuasa beli anda. Sebagai contoh. dari segi teori secawan teh tarik berharga RM1 akan berharga RM1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5 peratus.

Apakah Indeks Harga Pengguna (IHP)?
Indeks Harga Pengguna mengukur perubahan peratusan dalam kos bagi sekumpulan pengguna khusus 60% bandar , 40% luar bandar untuk membeli satu bakul yang mengandungi barangan dan perkhidmatan yang tetap dalam tempoh masa tertentu.

Barang-barang yang terdapat dalam bakul tersebut adalah;
  • Makanan & minuman tidak beralkohol.
  • Minuman beralkohol & tembakau.
  • Pakaian & kasut.
  • Perumahan,bekalan air, bekalan elektrik, gas dan bahan api lain.
  • Perabot,peratatan isirumah, rutin penyenggaraan isirumah.
  • Kesihatan.
  • Pengangkutan.
  • Komunikasi.
  • Perkhidmatan rekreasi.
  • Pendidikan.
  • Restoran & hotel
  • Peblbagai barangan dan perkhidmatan lain

Bagaimanapun IHP adalah purata statistik dan tidak menggambarkan kadar inflasi anda.

Apakah sebab-Sebab Berlakunya Inflasi?

  • Permintaan tinggi tetapi bekalan adalah rendah. Jikalau permintaan meningkat lebih cepat sedangkan bekalan produk atau perkhidmatan adalah rendah. Ini bermakna terlalu banyak wang mengejar terlalu sedikit barangan.

  • Peningkatan dalam kos pengeluaran. Apabila harga bahan mentah, kos pengeluaran akan meningkat. Ataupun pekerja mahukan gaji yang lebih tinggi kerana syarikat-syarikat biasanya akan memindahkan kos ini kepada pengguna.

Apakah kesan-kesan Inflasi?
Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunan masih rendah. Namun inflasi boleh menyebabkan krisis jika peratusannya meningkat lebih tinggi.

Contohnya;
  • Pada tahun 1978 RM300 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga berempat orang.
  • Pada tahun 2008 Rm300 boleh membeli barangan runcit satu minggu untuk keluarga berempat orang.
  • Pada tahun 2028 Rm300 mungkin boleh membeli barangan runcit dua hari untuk keluarga berempat orang.
Dengan memahami perbezaan di antara pulangan nominal dan pulangan benar, anda akan dapat melihat kesan inflasi pada wang anda. Pulangan nominal merujuk kepada pertumbuhan wang anda manakala pulangan benar ialah pertumbuhan kuasa beli anda iaitu pulangan nominal menolak kada inflasi. Oleh demikian wang yang dsimpan dalam simpanan tetap akan mengurang nilainya disebabkan kesan penghakisan inflasi.

Contoh;

Kadar simpanan tetap 12 bulan = 4%
Kadar inflasi = 6%
Pulangan benar daripada pelaburan = 4% - 6% = -2%


Bagaimanakah kita boleh mengatasi inflasi?
Setelah mengetahui bagaiman inflasi boleh mengurangkan kuasa beli anda dengan drastik. Pelabur pelabur harus mempertimbangkan cara-cara melindungi pelaburan mereka daraipada kesan penghakisan inflasi. Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi.

  1. Mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan-pelaburan anda. Untuk melindungi simpanan anda daripada kesan inflasi bagi jangkamasa panjang, pilihan terbaik adalah dengan mendapat pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi. Ekuiti-ekuiti dan dana dana ekuiti serta saham-saham yang memberi dividen tinggi harus dipertimbangkan kerana mereka boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi.
  2. Mengekalkan kepelbagaian dalam pelaburan-pelaburan anda. Sebuah portfolio seimbang yang mengandungi saham, bon, dan sekuriti pasaran wang dapat mengurangkan risiko dan memberi perlindungan terhadap inflasi.
  3. Mengurangkan pemegangan wang tunai yang banyak.Walaupun anda mendapat kecairan dengan memegang wang di tangan atau menyimpannya di dalam simpanan tetap , wang tersebut mungkin akan mengurang nilainya melalui inflasi.Sebalinya pelabur-pelabur berisiko rendah boleh membuat pertimbangan untuk memindahkan wang mereka ke sebuah portfolio seimbang (terdiri daripada 60% ekuiti & 40% bon) untuk mendapat pulangan diselaraskan inflasi yang baik bagi tempoh sederhana hingga panjang.
  4. Melabur di dalam sektor-sektor yang berdaya tahan. Semasa keadaan pasaran yang tidak menentu , pelabur-pelabur boleh melabur dalam sekto-sektor berdaya tahan dan saham-saham mewah sebagai perlindungan terhadap inflasi. Sektor-sektor ini termasuk telekomunikasi, utiliti dan pengangkutan. Emas juga diibaratkan sebagai tempat perlindungan selamat dalam ketidakstabilan kewangan atau semasa inflasi menaik.
  5. Menguruskan hutang anda. Mengurangkan hutang anda ke tahap minima amat bermakna kerana kadar faedah menaik seiring dengan inflasi. Anda sepatutnya membayar habis pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang paling tinggi dengan secepat mungkin, terutama apabila kadar faedah sedang meningkat.
Inflasi boleh ditakrifkan sebagai percukaian tanpa perundangan
- oleh Milton Friedman

laman rujukan inflasi di Malaysia ; http://www.sabah.org.my , http://www.tutor.com.my