Pelaburan, Unit Amanah , Takaful , Simpanan Persaraan & Pendidikan,
Investment, Unit Trust , Takaful ,Retirement & Education Fund
(KWSP, Tunai, DDI, SI , Kredit/Debit)

Wednesday, March 18, 2009

KWSP isytihar dividen 4.5%

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hari ini dengan kelulusan Menteri Kewangan mengisytiharkan kadar dividen 4.50 peratus bagi tahun 2008 lebih rendah dari tahun 2007 5.8%. Kadar dividen yang lebih rendah berbanding 2007 disebabkan peningkatan peruntukan rosot nilai pelaburan kesan penurunan mendadak harga pasaran ekuiti global yang dicetuskan oleh krisis kewangan dunia.

Di sebalik krisis kewangan itu, KWSP mencatatkan pendapatan kasar tertinggi pernah dicapai sebanyak RM20 bilion pada tahun 2008, meningkat 9.36 peratus berbanding pendapatan kasar tahun sebelumnya sebanyak RM18.29 bilion.

Bagaimanapun, susulan kejatuhan menjunam nilai pasaran ekuiti, sejumlah besar peruntukan rosot nilai pelaburan perlu dibuat yang menyebabkan penurunan ketara pendapatan bersih.
Pendapatan bersih pada 2008 ialah RM14.26 bilion selepas ditolak peruntukan rosot nilai ekuiti dan hutang ragu, bayaran dividen untuk pengeluaran, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan bayaran manfaat kematian serta hilang upaya.

Ini adalah penurunan 15.47 peratus berbanding pendapatan bersih 2007 sebanyak RM16.87 bilion. Ekuiti masih adalah antara penyumbang terbesar kepada pulangan KWSP pada 2008, mewakili 34.82 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP. Ekuiti memberikan pulangan kedua terbesar kepada KWSP sebanyak RM6.67 bilion pada 2008 berbanding RM5.37 bilion pada 2007.

“Sehingga September tahun lalu, KWSP sudah menunjukkan prestasi yang baik dalam ekuiti. Bagaimanapun, berikutan krisis kewangan dunia, prestasi pelaburan ekuiti KWSP jatuh kurang daripada 20 peratus, seterusnya memberikan kesan kepada bayaran dividen. Bagaimanapun, prestasi KWSP adalah lebih baik berbanding dengan indeks komposit Bursa Malaysia yang merosot kira-kira 40 peratus dari akhir Disember 2007 hingga Disember 2008,” kata Samsudin dalam kenyataannya, di sini, hari ini.

Kesan daripada penurunan ketara dalam harga ekuiti global dan polisi peruntukan rosot nilai yang konservatif selaras dengan amalan terbaik perakaunan, KWSP memperuntukkan sebanyak RM4.69 bilion pada 2008 untuk rosot nilai pelaburan ekuiti dalam dan luar negara, berbanding hanya RM0.52 bilion pada 2007.

Daripada jumlah peruntukan 2008, sebanyak RM3.20 bilion diperuntukkan untuk ekuiti luar negara.“KWSP sudah melabur dalam syarikat yang mempunyai asas kukuh dan kami yakin peruntukan ini akan dimasukkan semula ke dalam akaun apabila ekonomi kembali pulih,” katanya.

Pinjaman dan Bon adalah penyumbang terbesar pendapatan kasar pada 2008 mencatatkan pulangan RM6.78 bilion berbanding RM5.91 bilion pada tahun 2007, manakala Sekuriti Kerajaan Malaysia, penyumbang ketiga terbesar pendapatan, memperoleh pulangan RM4.94 bilion berbanding RM4.88 bilion pada tahun sebelumnya.

Sehingga 31 Disember 2008, jumlah keseluruhan dana pelaburan KWSP meningkat sebanyak RM28.99 bilion kepada RM342.00 bilion berbanding RM313.01 bilion pada 2007. Pada 2008, KWSP memerlukan RM3.18 bilion untuk membayar satu peratus dividen berbanding hanya RM2.89 bilion pada 2007 disebabkan bilangan ahli yang bertambah.

Ini bermakna KWSP memerlukan lebih 9.71 peratus lagi pendapatan bagi mengisytiharkan satu peratus dividen pada 2008 berbanding tahun sebelumnya. “KWSP bersedia menghadapi tahun 2009 yang lebih mencabar kesan daripada krisis kewangan global yang masih berterusan.

"Bagaimanapun, KWSP yakin di sebalik setiap krisis, masih wujud peluang yang boleh dimanfaatkan. Apa yang penting adalah KWSP perlu sentiasa berhati-hati dan terus berusaha memberikan pulangan untuk faedah semua ahli melalui strategi pelaburan yang berhemah,” katanya.

Adakah anda rasa KWSP memberi dividen yang tinggi di masa depan? Sudah tentu tidak, kerana setiap tahun bilangan pencarum meningkat... Apa tindakan anda???

Hubungi : mdsulaiman1@gmail.com 0137556776... untuk maklumat lanjut!!!