Pelaburan, Unit Amanah , Takaful , Simpanan Persaraan & Pendidikan,
Investment, Unit Trust , Takaful ,Retirement & Education Fund
(KWSP, Tunai, DDI, SI , Kredit/Debit)

Friday, June 18, 2010

Wednesday, March 17, 2010

Facebook & Logo baru Jplatinum

Assalamualaikum, hari ini aku telah create logo baru untuk JPlatinum Group dan Facebook group.

Lihat di Jplatinum Group.

Sesiapa yang belum jadi member Jplatinum boleh hubungi terus di talian 013-7556776.

Saturday, March 6, 2010

KWSP Isytihar Dividen 5.65% Bagi 2009

Bayaran Dividen Tertinggi RM19.63 bilion

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan mengisytiharkan kadar dividen 5.65 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009. Kadar dividen ini diisytihar setelah KWSP memperoleh pendapatan bersih tertinggi pernah dicapai sebanyak RM19.63 bilion.

Pendapatan bersih ini merupakan peningkatan 34.82 peratus berbanding RM14.56 bilion dicatatkan pada 2008 manakala kadar dividen 2009 merupakan peningkatan ketara sebanyak 115 mata asas berbanding kadar 4.50 peratus yang dibayar pada tahun 2008.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, “2009 merupakan tahun yang penting bagi KWSP kerana berjaya keluar daripada krisis kewangan global. Walaupun KWSP terus berdepan dengan persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan, pelaburan KWSP berupaya memberikan prestasi yang kukuh pada tahun itu.”

Pada tahun yang diulas ini, sebanyak 72.53 peratus pelaburan dilaburkan dalam Instrumen Berpendapatan Tetap selaras dengan pendekatan pelaburan berhemah yang diamalkan KWSP. Sebanyak 27.05 peratus dilaburkan dalam pelaburan Ekuiti dan selebihnya dalam Hartanah.

Setakat 31 Disember 2009, portfolio pelaburan KWSP meningkat 8.55 peratus atau RM29.25 bilion kepada RM371.26 bilion berbanding RM342.01 bilion pada 2008.

Pada 2009, KWSP memerlukan sejumlah RM3.43 bilion untuk membayar satu peratus dividen berikutan pertambahan dalam jumlah ahli. Jumlah ini meningkat 7.86 peratus berbanding RM3.18 bilion yang diperlukan bagi membayar satu peratus dividen pada 2008.
Ahli boleh menyemak dividen 2009 yang dikreditkan ke dalam akaun mereka mulai Isnin, 8 Mac 2010.

“Prospek 2010 bergantung kepada prestasi ekonomi negara dan global. Buat masa ini, keadaan pasaran kewangan global masih tidak stabil dan boleh memberikan kesan kepada nilai pelaburan dan pendapatan masa depan KWSP. Bagaimanapun, KWSP akan terus memberikan tumpuan kepada matlamat utamanya melindungi simpanan ahli dan memberikan pulangan nyata yang munasabah,” kata Tan Sri Samsudin.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana pencen terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

Sumber : KWSP

Monday, February 15, 2010

Persaraan anda

Adakah anda terfikir untuk menabung dari pendapatan anda ?
Adakah anda terfikir untuk mempunyai satu skim takaful kesihatan atau keluarga?
Adakah anda fikir anda mempunyai wang yang banyak?
Adakah anda fikir anda mempunyai harta yang banyak?
Adakah anda punya wang RM1 juta untuk bersara?

Kadang-kadang soalan ini sering diajukan kepada kita . Adakah anda berfikir?

Melalui petikan Personal Money keluaran Feb 2010 ;

1. Adalah disarankan kepada kita agar melabur dalam pasaran ekuiti , kerana dalam jangka masa panjang akan memberi pulangan yang lumayan. Walaupun pada permulaan kita rasa ianya berisiko tinggi. Namun tinggi risiko maka tinggilah pulangannya.

2. Fund manager menyarankan melabur di Asia. Pelabur-pelabur dari barat berlumba-lumba melabur di Asia. Apakah tindakan anda?

Untuk memaksimumkan pulangan semasa anda hendak bersara , adalah disarankan melabur sebahagian wang KWSP anda ke dalam unit amanah yang boleh memberi pulangan yang tinggi pada jangka masa panjang.

Untuk makluman lanjut hubungi : mdsulaiman1@gmail.com 013-7556776

Sunday, January 10, 2010

Adakah anda perlukan wasiat??

Ramai yang tidak mengetahui pentingnya menulis wasiat. Wasiat merupakan dokumen penting apabila seseorang itu meninggal dunia . Ini kerana semua aset tetap & tunai dengan sendirinya terbeku. Di mana ia tidak boleh dicairkan ke dalam bentuk wang tunai . Semua aset adalah di atas nama si mati. Justeru itu boleh dikatakan RM40 billion aset orang melayu kepunyaan orang mati. Adakah anda hendak menambahkan harta kepunyaan orang mati....

Yuran yang rendah seumur hidup termasuk;
1. Dokumen wasi.
2. Harta sepencarian
3. 1/3 kepada badan kebajikan/masjid/rumah anak yatim dsb.


Untuk maklumat lanjut hubungi : 013-7556776

Sunday, January 3, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Tahun 2009 telah melabuhkan tirainya, maka tahun 2010 telah bermula. Setiap orang mempunyai matlamat dan untuk memenuhi matlamat yang disasarkan perlu menempuhi rintangan dan cabaran. Ini adalah asam garam kehidupan. Tiada satu pun yang tiada cabaran, nak dapat kerja pun susah perlu ada pelbagai pengetahuan dan kebolehupayaan.Tidak macam dulu dapat ijazah memang senang dapat kerja.

Untuk sasaran kewangan anda , jadi....
Adakah kita sudah mencapai sasaran kewangan kita untuk simpanan persaraan dan pendidikan. Adakah kita sudah mengambil perlindungan takaful untuk diri sendiri atau pendidikan anak. Jika belum dapatkan melalui saya mdsulaiman1@gmail.com .

Saya ucapkan selamat tahun baru, semoga harapan dan cabaran baru ditempuhi dengan penuh kesabaran.

Talian hayat : 013-7556776