Pelaburan, Unit Amanah , Takaful , Simpanan Persaraan & Pendidikan,
Investment, Unit Trust , Takaful ,Retirement & Education Fund
(KWSP, Tunai, DDI, SI , Kredit/Debit)

Wednesday, February 13, 2008

Pendapatan Tetap & Persaraan

Kadang-kadang kita rasakan pendapatan hari ini boleh menampung perbelanjaan kita untuk hari-hari mendatang. Memang ada kebenarannya .Tapi kalau pendapatan kita sekadar cukup bulan habis belum tentu menjamin kita bila bersara nanti. Katakan bila bersara nanti kita ada EPF RM 100 ribu dan sedikit simpanan RM20 ribu sebenarnya masih tak cukup jika kita teliti untuk 20 tahun akan datang. Anak sekolah dah habis belajar ke belum? Rumah dah habis bayar ke belum?

Ada terdengar juga kawan-kawan untuk buat MLM untuk mendapat pulangan yang berterusan dan konsisten. Akan tetapi kita perlu ingat MLM dan pelaburan persaraan adalah berbeza. Tidak salah jika membuat perniagaan MLM untuk mendapat keuntungan bulanan dan melaburkan sedikit dari keuntungan untuk persaraan. Saya menyarankan anda yang buat MLM secara fulltime buat pelaburan untuk jangka panjang sebab tiada potongan KWSP lagi.

Untuk pengetahuan semua melalui siaran biznews TV3 yang lalu , telah mengeluarkan laporan kajian dari sebuah bank terkemuka yang mana 76% peratus daripada penduduk Malaysia tidak bersedia untuk persaraan. Adakah kita mahu nak termasuk dari statistik ini? Fikirkanlah... Adakah pada usia 55 tahun akan datang kita masih kuat untuk bekerja atau terlantar di rumah. Jika kita tidak berupaya , wang persaraan kitalah yang akan membiayai rawatan kita.Itu kalau ada, kalau takde??

Fikirkanlah secara rasional berapa kos perubatan sekarang? Berapa kosnya akan datang?

Pesanan ikhlas : mdsulaiman1@yahoo.com.my
Talian hayat : 013-7556776

Monday, February 4, 2008

Umur & Masa

Pada saya masa itu sangat penting ... Kepada sesiapa yang masih mencari sumber pendapatan alternatif dan tiada had bolehlah melabur dalam unit trust.

Kenapa sekarang?
Pada ketika ini kita punya masa mungkin anda berumur 25 tahun dan simpanan KWSP anda mencecah RM25 ribu.Umur persaraan anda pun masih jauh lagi 30 tahun tu...Jadi anda perlu rebut peluang dan kalau kena pada masanya harganya pun rendah. Kalau dikira anda boleh melabur RM8 ribu X 20% = RM1600 untuk kali pertama.

Bayangkan RM1600 X 4 kali setahun = RM6400 .
Harga beli seunit RM0.25
Kita akan dapat sebanyak 25600 unit.
Dan kita biarkan pelaburan kita selama 3 tahun dividen yang diberi RM0.015/unit
Harga tahun kedua RM0.27
Tahun ketiga RM0.28 ,
Tahun keempat RM0.30

Kita akan mendapat 28459.57 unit saham apabila setelah pembayaran dividen pada tahun ketiga.Jika kita nak keluarkan pada tahun keempat kita akan mendapat 28459.57 X RM0.30 = RM8,537.87

Kalau dikira keuntungannya (RM8,537.87-RM6,400)/RM6,400 X 100 =33.40%
Average keuntungan setahun 33.4/10 = 11.13% setahun .
Lebih tinggi dari KWSP beri pada tahun lepas 5.8%.

Oleh itu rebut peluang . Jangan tunggu orang dah untung baru nak mula..
Ini kerana kita rugi masa dan umur kita..

Pesanan ikhlas ..
Untuk penerangan lebih lanjut hubungi :
mdsulaiman1@yahoo.com.my
013-7556776

Sunday, February 3, 2008

Pengawal Keselamatan Bank

Minggu lepas selepas masukkan duit dalam sebuah E bank di Century Garden JB saya berjumpa pegawal keselamatan yang bertugas di situ sebelum saya balik ke rumah. Saya berkenalan dengannya.

'Pak cik dah lama kerja kat sini? ' saya bertanya.
'Dah lama' jawabnya.
'Sebelum ni kerja kat mana?' ,saya tanya lagi
'Kerja kat MSC 15 tahun sebelum tu kerja kat S'pore' jawabnya.
'Cik umur berapa sekarang dah pencen ke? tanya lagi.
'Dah 3 tahun pencen.' jelasnya.
'Cik tentu banyak EPF pak cik , CPF (utk pekerja di S'pore) pun ada'. tanya lagi
'Dah habis dah buat renovate rumah, ini yang pakcik kerja untuk makan dan bayar rumah.' terangnya.

Mesej yang jelas dari perkenalan saya dengan pakcik jaga sebuah bank berkenaan menunjukkan wang persaraan tidak mencukupi untuk perbelanjaan setiap hari dan salahguna wang persaraan untuk baikpulih rumah.Seharusnya pakcik ini berehat di rumah waktu usia ini.

Jadi beringatlah dari sekarang kerana harga barang memang meningkat setiap hari. inflasi.inflasi

mdsulaiman1@yahoo.com.my
013-7556776

Saturday, February 2, 2008

Persaraan & Anda

Ramai orang tidak mengambil berat tentang persaraan.Yang mereka tahu hanya bekerja untuk mendapat habuan setiap bulan.Bayar rumah, kereta, bil bulanan -telefon,astro,air dan macam-macam lagi..

Tidak merancang untuk persaraan...Bukan semua orang tidak merancang ada orang merancang tetapi jumlahnya sedikit berbanding dengan mereka yang membelanjakan wang habis setiap bulan.Mungkin tak cukup , anak ramai atau gaji kecik/ciput..Semuanya bergantung macam mana nak olah..

Baru-baru ini KWSP mengumumkan dividen 5.8% kepada pencarumnya. Bagaimana yang takde EPF atau kerja sendiri? Barang keperluan pada masa akan datang lebih tinggi dari sekarang!!!Perlu kita ingat.Akan tetapi walaupun KWSP memberi dividen 5.8% kita hanya untung 3.4% setelah tolak 2.5% inflasi tahun lepas.

Kini KWSP memberi kelonggaran mengeluarkan caruman akaun 1 untuk tujuan pelaburan.Ini adalah bagus kerana pencarum dapat mempelbagaikan portfolio kewangannya.Kelebihannya kita mendapat pulangan yang lebih tinggi purata 12-15% setahun , jika kena pada masanya mendapat lebih dari apa yang kita jangkakan.Jangan tunggu lama-lama masa tidak menunggu kita.Ambil peluang cepat kerana umur kita semakin pendek bukan semakin panjang.

Ikhlas dari mdsulaiman1@yahoo.com.my

Sunday, January 13, 2008

Pelaburan KWSP

KWSP telah mengumumkan mulai 1 Februari 2008 pencarumnya boleh mengeluarkan caruman Akaun 1 untuk membuat pelaburan amanah saham (unit trust) .Mereka yang nak melabur kenalah semak dulu baki akaun 1 layak atau tak layak. Fikirkan masa depan....

Walaupun KWSP benarkan kita keluarkan simpanan kwsp ini wang yang dilaburkan tidak boleh diberi kepada pencarum kerana ahli KWSP belum sampai 55 tahun. kena simpan dalam bentuk pelaburan atau pindah semula dalam KWSP jika dah ada untung..

Contohnya,
Umur 30 tahun
Baki akaun 1 RM35,000
Syarat kelayakan RM18,000
Wang boleh dilaburkan : RM17,000

Pilih syarikat pelaburan yang berkualiti,teguh & tak semestinya terkenal.
Fikirkan sebaik-baiknya.. Jadi rebutlah skim berkenaan jika berkenan dihati.

mailto:mdsulaiman1@yahoo.com.my