Ramai orang tidak mengambil berat tentang persaraan.Yang mereka tahu hanya bekerja untuk mendapat habuan setiap bulan.Bayar rumah, kereta, bil bulanan -telefon,astro,air dan macam-macam lagi..
Tidak merancang untuk persaraan...Bukan semua orang tidak merancang ada orang merancang tetapi jumlahnya sedikit berbanding dengan mereka yang membelanjakan wang habis setiap bulan.Mungkin tak cukup , anak ramai atau gaji kecik/ciput..Semuanya bergantung macam mana nak olah..
Baru-baru ini KWSP mengumumkan dividen 5.8% kepada pencarumnya. Bagaimana yang takde EPF atau kerja sendiri? Barang keperluan pada masa akan datang lebih tinggi dari sekarang!!!Perlu kita ingat.Akan tetapi walaupun KWSP memberi dividen 5.8% kita hanya untung 3.4% setelah tolak 2.5% inflasi tahun lepas.
Kini KWSP memberi kelonggaran mengeluarkan caruman akaun 1 untuk tujuan pelaburan.Ini adalah bagus kerana pencarum dapat mempelbagaikan portfolio kewangannya.Kelebihannya kita mendapat pulangan yang lebih tinggi purata 12-15% setahun , jika kena pada masanya mendapat lebih dari apa yang kita jangkakan.Jangan tunggu lama-lama masa tidak menunggu kita.Ambil peluang cepat kerana umur kita semakin pendek bukan semakin panjang.
Ikhlas dari mdsulaiman1@yahoo.com.my
No comments:
Post a Comment