Pelaburan, Unit Amanah , Takaful , Simpanan Persaraan & Pendidikan,
Investment, Unit Trust , Takaful ,Retirement & Education Fund
(KWSP, Tunai, DDI, SI , Kredit/Debit)

Wednesday, February 13, 2008

Pendapatan Tetap & Persaraan

Kadang-kadang kita rasakan pendapatan hari ini boleh menampung perbelanjaan kita untuk hari-hari mendatang. Memang ada kebenarannya .Tapi kalau pendapatan kita sekadar cukup bulan habis belum tentu menjamin kita bila bersara nanti. Katakan bila bersara nanti kita ada EPF RM 100 ribu dan sedikit simpanan RM20 ribu sebenarnya masih tak cukup jika kita teliti untuk 20 tahun akan datang. Anak sekolah dah habis belajar ke belum? Rumah dah habis bayar ke belum?

Ada terdengar juga kawan-kawan untuk buat MLM untuk mendapat pulangan yang berterusan dan konsisten. Akan tetapi kita perlu ingat MLM dan pelaburan persaraan adalah berbeza. Tidak salah jika membuat perniagaan MLM untuk mendapat keuntungan bulanan dan melaburkan sedikit dari keuntungan untuk persaraan. Saya menyarankan anda yang buat MLM secara fulltime buat pelaburan untuk jangka panjang sebab tiada potongan KWSP lagi.

Untuk pengetahuan semua melalui siaran biznews TV3 yang lalu , telah mengeluarkan laporan kajian dari sebuah bank terkemuka yang mana 76% peratus daripada penduduk Malaysia tidak bersedia untuk persaraan. Adakah kita mahu nak termasuk dari statistik ini? Fikirkanlah... Adakah pada usia 55 tahun akan datang kita masih kuat untuk bekerja atau terlantar di rumah. Jika kita tidak berupaya , wang persaraan kitalah yang akan membiayai rawatan kita.Itu kalau ada, kalau takde??

Fikirkanlah secara rasional berapa kos perubatan sekarang? Berapa kosnya akan datang?

Pesanan ikhlas : mdsulaiman1@yahoo.com.my
Talian hayat : 013-7556776

No comments: