Pelaburan, Unit Amanah , Takaful , Simpanan Persaraan & Pendidikan,
Investment, Unit Trust , Takaful ,Retirement & Education Fund
(KWSP, Tunai, DDI, SI , Kredit/Debit)
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Sunday, November 23, 2008

GANDAKAN PELABURAN DAN PULANGAN 100%

Penganalisa pasaran kewangan telah menyatakan bahawa krisis kewangan AS telah berakhir melalui tindakan Senat Amerika Syarikat menyuntik dana berjumlah USD700 billon ke pasaran. Antara syarikat yang telah mendapat suntikan adalah General Motor , American Insurance Group. Manakala hutang Lehman Brother kini telah diambil alih oleh Bank of America.

Yang tinggal adalah kesan kemelesetan ekonomi yang akan berlarutan 12-18 bulan kerana kekurangan kuasa beli rakyat AS kesan daripada krisis sub-prima kewangan AS.

Tahun 2009 jangkaan ekonomi Malaysia akan berkembang 3.5% , AS 1.5%, Jepun 0.5%, Singapura 0% dan China 8.8%. Justeru itu pelabur yang membuat pelaburan ke dalam pasaran Tanah Besar China supaya menambah pelaburan. Dianggar dalam masa 10 tahun akan datang ekonomi China akan lebih besar daripada Amerika Syarikat.

Pelabur unit amanah adalah disarankan menambah pelaburan sebanyak mungkin ke dalam dana-dana pelaburan yang berdaftar . Contohnya jika kita melabur RM100 ribu sekarang akan mendapat pulangan 100% . Ini bermakna jumlah yang pelabur ada adalah RM200 ribu berbanding simpanan yang dibuat di dalam bank.

Dari apa yang telah saya analisa pulangan dana ekuiti adalah lebih dari 100%. Perkembangan di pasaran semasa pelabur masih kurang yakin pasaran untuk pulih. Masalah utama ini adalah masalah keyakinan pelabur bukan lagi krisis kewangan.

Panduan Jana Wang Unit Trust

Untuk maklumat lanjut;
hubungi mdsulaiman1@gmail.com 013-7556776

Tuesday, November 18, 2008

Antara Petrol, Beras & Wang



Kalau dilihat kebelakangan ini peniaga buat bodoh aje berkenaan dengan harga barangan terutama peruncit sejak harga minyak diturunkan sebanyak empat kali sebelum ini, dan kini kali ke lima. Adalah memang tidak wajar jika peniaga sebegini diberi nafas lagi...

Persatuan Pengguna perlu mewarwarkan dalam akhbar, laman web mereka menyenaraikan nama peruncit yang tidak menurunkan harga barang. Jika tindakan diambil dan dilakukan secara berterusan dan mapan akan memberi tamparan yang hebat kepada perniagaan mereka. Lantas peruncit akan menurunkan harga barangan.

Beras pula adalah makanan ruji kepada semua rakyat Malaysia tetapi harganya baru nak turun sedangkan harga pasaran dunia telah menurun beberapa bulan lalu. Ini adalah kerana permintaan beras dunia menurun akibat faktor ekonomi semasa.Bila naik harga terus naik maksimum tapi bila nak turunkan harga berperingkat-peringkat. Adilkah?

Setiap wang yang kita belanjakan akan menggerakan ekonomi domestik .Selagi besar wang yang kita belanjakan akan besarlah skala ekonomi kita. Akan tetapi kita wajar membuat pelaburan jangka panjang untuk masa depan kita bukan disimpan di bawah bantal.

Jadi fikirkanlah untuk masa depan anda!!!

Untuk maklumat lanjut hubungi;
mdsulaiman1@gmail.com 013-7556776

Sunday, November 9, 2008

KWSP TIDAK WAJAR TETAPKAN SYARAT POTONGAN BULANAN

Baru-baru ini KWSP telah mengeluarkan syarat mewajibkan pengurangan potongan 3 peratus daripada 11 peratus berkuatkuasa Januari 2009. Jika kalau kita lihat melalui kenyataan yang telah dikeluarkan, ianya bertentangan dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri.

Seharusnya 3 peratus pengurangan potongan bahagian pekerja berdasarkan permohonan daripada pihak ahli .KWSP seharusnya mengeluarkan borang untuk ahli membuat permohonan pengurangan caruman . Pengurangan potongan perlu berdasarkan keperluan ahli. Jika pemotongan berkurangan bermakna tabungan masa depan ahli berkurangan.

MTUC & Persekutuan Majikan Malaysia membantah pelaksanaan yang akan dilaksanakan oleh KWSP ini dan meminta mencari cara lain.

Kalau kita imbas kembali tahun 1997-1998 kegawatan ekonomi lalu kerajaan mewajibkan caruman dikurangkan memberi kesan peningkatan ekonomi domestik 3 kali ganda daripada wang yang dibelanjakan oleh pencarum. 10 tahun lalu kerajaan membuat potongan sebanyak 2 peratus dari caruman.

Untuk maklumat pelaburan;
mdsulaiman1@gmail.com 013-7556776

Wednesday, November 5, 2008

China is Silent Giant Economy

Last 10 years until 2003, the Shanghai Stock Exchange (SSE) A share index has returned 348%, the Hong Kong Stock Exchange (HSX) has returned 240%, the China Fund, Inc. (CHN) has returned 245%, and the Greater China Fund has returned 363%. China is the world's second largest economy on a purchasing power parity basis and is driven by a population of 1.3 billion people. The Chinese economy has shown resilience in the wake fo the Sichuan earthquake,
even as the State Council called for a 5% cut in government spending to create funding for reconstruction. Government and private business losses from the quake are estimated at a total of 9.5 billion dollars, and the government's spending cut will help finance a 10 billion dollar fund for rebuilding.

China enjoys a household savings rate of more than 40 percent, one of the highest in the world. As incomes rise, newly empowered consumers represent an enormous market potential.

For example, about 4 million mobile phones are sold in China each month, the world's biggest market with nearly 250 million subscribers. That's just 16 percent of the population and sales in the last two years have increased 17 percent.

In the last ten years, $400 billion to $500 billion in foreign direct investment has flowed into the country, more than the rest of Asia combined. The inflow of foreign investment brings with it new business practices, which inject vitality to the old economic system. Since 1993, labor productivity has increased four fold.

Foreign firms account for 65 percent of China's three-fold increase in exports in the last ten years. China's exports to the U.S. have increased from 3 percent to 12 percent in the last 12 years, putting China on a par with the UK.

China's December 2001 accession into the World Trade Organization (WTO) is expediting economic reforms and expected to contribute 1 to 2 percent of gross domestic product (GDP) each year.

For your information , investment for china fund will give you for long term higher return.

More information please contact;
Md Sulaiman Ismail 013-7556776

RM7 BILLION UNTUK MERANGSANG EKONOMI


Semalam kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM7 billion . Saya melihat ini adalah petanda yang jelas untuk memberi isyarat kepada kita bahawa kerajaan mahu memastikan ekonomi berjalan lancar. Justeru itu ia akan memberi kesan kepada kita semua. Potongan KWSP juga dikurangkan kepada 8% daripada 11 peratus bagi caruman pekerja.

Minggu lalu Valuecap memasuki pasaran Bursa Malaysia di mana ia telah membeli saham syarikat yang berada di bawah nilai.Kesannya saya melihat ada petunjuk di mana KLCI melonjak naik sejak akhir jumaat lalu.

Memang tidak dinafikan kerana kita seharusnya konsisten kepada pelaburan jangka panjang. Pelaburan jangka panjang akan memberikan pulangan yang lumayan.

Maklumat lanjut hubungi;
mdsulaiman1@gmail.com 013-7556776