Pelaburan, Unit Amanah , Takaful , Simpanan Persaraan & Pendidikan,
Investment, Unit Trust , Takaful ,Retirement & Education Fund
(KWSP, Tunai, DDI, SI , Kredit/Debit)

Tuesday, November 18, 2008

Antara Petrol, Beras & Wang



Kalau dilihat kebelakangan ini peniaga buat bodoh aje berkenaan dengan harga barangan terutama peruncit sejak harga minyak diturunkan sebanyak empat kali sebelum ini, dan kini kali ke lima. Adalah memang tidak wajar jika peniaga sebegini diberi nafas lagi...

Persatuan Pengguna perlu mewarwarkan dalam akhbar, laman web mereka menyenaraikan nama peruncit yang tidak menurunkan harga barang. Jika tindakan diambil dan dilakukan secara berterusan dan mapan akan memberi tamparan yang hebat kepada perniagaan mereka. Lantas peruncit akan menurunkan harga barangan.

Beras pula adalah makanan ruji kepada semua rakyat Malaysia tetapi harganya baru nak turun sedangkan harga pasaran dunia telah menurun beberapa bulan lalu. Ini adalah kerana permintaan beras dunia menurun akibat faktor ekonomi semasa.Bila naik harga terus naik maksimum tapi bila nak turunkan harga berperingkat-peringkat. Adilkah?

Setiap wang yang kita belanjakan akan menggerakan ekonomi domestik .Selagi besar wang yang kita belanjakan akan besarlah skala ekonomi kita. Akan tetapi kita wajar membuat pelaburan jangka panjang untuk masa depan kita bukan disimpan di bawah bantal.

Jadi fikirkanlah untuk masa depan anda!!!

Untuk maklumat lanjut hubungi;
mdsulaiman1@gmail.com 013-7556776

No comments: