Pelaburan, Unit Amanah , Takaful , Simpanan Persaraan & Pendidikan,
Investment, Unit Trust , Takaful ,Retirement & Education Fund
(KWSP, Tunai, DDI, SI , Kredit/Debit)

Thursday, October 16, 2008

EKONOMI , NEGARA DAN ANDA

Pada 11/10/2008 Spekulator mata wang, George Soros menyebut bahawa krisis kewangan kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah hidupnya.

Penurunan terhadap pasaran kewangan global berlaku serius dalam bulan ini.Sebenarnya fenomena ini adalah fenomena biasa dalam sistem ekonomi. Kebiasaan ekonomi akan berlaku penurunan selepas 10 tahun. Contohnya pada tahun 1987/88. Malaysia pernah berdepan dengan masalah ekonomi, selepas itu tahun 1998 dan sekarang tahun 2008.Ini dijelaskan sendiri dalam kisah Nabi yusuf yang menyebutkan bahawa pemerintah mesti bersedia untuk berdepan dengan kemelesetan ekonomi dengan menjana perbelanjaan berhemah ketika ekonomi berada dalam keadaan stabil. Apabila ekonomi berada dalam penurunan. Perbendaharaan negara masih mampu menampung kemerosotan tersebut.Dalam kisah Nabi Yusuf. Mesir ketika itu bukan sekadar mampu menangani kemerosotan ekonomi, bahkan mampu memberi pertolongan kepada negara lain.

Firman Allah SWT yang bermaksud :(setelah ia berjumpa Dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang Yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada Kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu Yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu Yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) Yang hijau serta tujuh tangkai lagi Yang kering; (tafsirkanlah) supaya Aku kembali kepada orang-orang Yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya". Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa Yang kamu ketam biarkanlah Dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian Yang kamu jadikan untuk makan. kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun Yang besar, Yang akan menghabiskan makanan Yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa Yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun Yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)". (surah Yusuf 46-49).

Ini menandakan bahawa teori ekonomi sentiasa berlaku peningkatan dan penurunan. Oleh itu pelabur jangan panik ketika ini. Pelabur-pelabur unit amanah adalah disarankan membeli secara berterusan kerana penurunan harga memberi peluang kita mendapat unit yang lebih. Apabila ekonomi pulih semula, harga unit akan naik semula dan pelabur akan meraih keuntungan yang sangat lumayan.

Pelaburan melalui KWSP adalah satu cara yang baik untuk persaraan kita . Di mana kita boleh melabur secara konsisten setiap 3 bulan. Mungkin juga kerajaan dah dapat menjangka ekonomi dunia akan meleset justeru pelaburan melalui unit amanah dibuka kepada semua peringkat umur dengan syarat kelayakan yang munasabah . Jadi bertindak dengan BIJAK!!

Talian hayat dibuka ;
Md Sulaiman Ismail 013-7556776
mdsulaiman1@gmail.com

No comments: