Investment, Unit Trust , Takaful ,Retirement & Education Fund
(KWSP, Tunai, DDI, SI , Kredit/Debit)
Sunday, May 31, 2009
Pemulihan Ekonomi
Apa yang pelabu-pelabur unit amanah risaukan hanyalah wang pelaburan mereka. Akan tetapi pelabur-pelabur melalui skim EPF adalah digalakkan mengambil kesempatan harganya yang masih murah.
Pada hari semalam sebuah syarikat unit amanah yang utama menyebut akan mengisytiharkan dividen dana ittikal 6 sen & dana Ekuiti 1.75sen seunit.
Bagi mereka yang melabur tunai boleh membuat pelaburan yang memberi pulangan besar kepada pelabur untuk jangkamasa panjang 3-5 tahun atau sehingga bersara adalah pelaburan ke China yang manjavascript:void(0)a kadar penggunaan meningkat setiap bulan 12 peratus$ setiap bulan.
untuk maklumat lanjut hubungi : 0137556776-md Sulaiman
Saturday, April 4, 2009
Invest and Invest For Your Future Life
5 RECOMMENDED INVESTMENT TO INVESTORS.
- Stay Calm
- Stay Invested
- Stay Around Equities
- Stay Focus On Long Term Investment
- Start RSP - Regular Saving Plan
- Buying Oppurtunity
- Attractive Valuation
- High Saving
- Strong Domestic Consumption
- Booming China
19TH CENTURY BELONGED TO ENGLAND,
20TH CENTURY TO UNITED STATES OF AMERICA,
21ST CENTURY WILL BE CHINA’S TURN
- Gross Domestic Saving ( China 50%, Singapore 48.3% & Malaysia 43.4%) Asian country is low affected in current economy downturn because have they have highest saving to generate domestic economy.
- Highest Country Reserves (China USD1.9 Trillion, Japan USD995 Billion, Malaysia USD109.7 Billion, Thailand USD102.1 Billion & Indonesia USD56.5 Billion)
- Growth Domestic (GDP) 1st Quarter 2009 China 8.8%, M2alaysia 3.2% , US 1.2%.
- Action Plan Taken by China Goverment. Stamp duty will reduce , China Investment Agency taken action to invest to China Share Market & Reduce Lending Rate from 7.47% to 6.6%.
(China Market is Stronger Than United States Of America Market for Next 10 Years)
Wednesday, March 18, 2009
KWSP isytihar dividen 4.5%
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hari ini dengan kelulusan Menteri Kewangan mengisytiharkan kadar dividen 4.50 peratus bagi tahun 2008 lebih rendah dari tahun 2007 5.8%. Kadar dividen yang lebih rendah berbanding 2007 disebabkan peningkatan peruntukan rosot nilai pelaburan kesan penurunan mendadak harga pasaran ekuiti global yang dicetuskan oleh krisis kewangan dunia.
Di sebalik krisis kewangan itu, KWSP mencatatkan pendapatan kasar tertinggi pernah dicapai sebanyak RM20 bilion pada tahun 2008, meningkat 9.36 peratus berbanding pendapatan kasar tahun sebelumnya sebanyak RM18.29 bilion.
Bagaimanapun, susulan kejatuhan menjunam nilai pasaran ekuiti, sejumlah besar peruntukan rosot nilai pelaburan perlu dibuat yang menyebabkan penurunan ketara pendapatan bersih.
Pendapatan bersih pada 2008 ialah RM14.26 bilion selepas ditolak peruntukan rosot nilai ekuiti dan hutang ragu, bayaran dividen untuk pengeluaran, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan bayaran manfaat kematian serta hilang upaya.
Ini adalah penurunan 15.47 peratus berbanding pendapatan bersih 2007 sebanyak RM16.87 bilion. Ekuiti masih adalah antara penyumbang terbesar kepada pulangan KWSP pada 2008, mewakili 34.82 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP. Ekuiti memberikan pulangan kedua terbesar kepada KWSP sebanyak RM6.67 bilion pada 2008 berbanding RM5.37 bilion pada 2007.
“Sehingga September tahun lalu, KWSP sudah menunjukkan prestasi yang baik dalam ekuiti. Bagaimanapun, berikutan krisis kewangan dunia, prestasi pelaburan ekuiti KWSP jatuh kurang daripada 20 peratus, seterusnya memberikan kesan kepada bayaran dividen. Bagaimanapun, prestasi KWSP adalah lebih baik berbanding dengan indeks komposit Bursa Malaysia yang merosot kira-kira 40 peratus dari akhir Disember 2007 hingga Disember 2008,” kata Samsudin dalam kenyataannya, di sini, hari ini.
Daripada jumlah peruntukan 2008, sebanyak RM3.20 bilion diperuntukkan untuk ekuiti luar negara.“KWSP sudah melabur dalam syarikat yang mempunyai asas kukuh dan kami yakin peruntukan ini akan dimasukkan semula ke dalam akaun apabila ekonomi kembali pulih,” katanya.
Pinjaman dan Bon adalah penyumbang terbesar pendapatan kasar pada 2008 mencatatkan pulangan RM6.78 bilion berbanding RM5.91 bilion pada tahun 2007, manakala Sekuriti Kerajaan Malaysia, penyumbang ketiga terbesar pendapatan, memperoleh pulangan RM4.94 bilion berbanding RM4.88 bilion pada tahun sebelumnya.
Sehingga 31 Disember 2008, jumlah keseluruhan dana pelaburan KWSP meningkat sebanyak RM28.99 bilion kepada RM342.00 bilion berbanding RM313.01 bilion pada 2007. Pada 2008, KWSP memerlukan RM3.18 bilion untuk membayar satu peratus dividen berbanding hanya RM2.89 bilion pada 2007 disebabkan bilangan ahli yang bertambah.
Ini bermakna KWSP memerlukan lebih 9.71 peratus lagi pendapatan bagi mengisytiharkan satu peratus dividen pada 2008 berbanding tahun sebelumnya. “KWSP bersedia menghadapi tahun 2009 yang lebih mencabar kesan daripada krisis kewangan global yang masih berterusan.
"Bagaimanapun, KWSP yakin di sebalik setiap krisis, masih wujud peluang yang boleh dimanfaatkan. Apa yang penting adalah KWSP perlu sentiasa berhati-hati dan terus berusaha memberikan pulangan untuk faedah semua ahli melalui strategi pelaburan yang berhemah,” katanya.
Adakah anda rasa KWSP memberi dividen yang tinggi di masa depan? Sudah tentu tidak, kerana setiap tahun bilangan pencarum meningkat... Apa tindakan anda???
Hubungi : mdsulaiman1@gmail.com 0137556776... untuk maklumat lanjut!!!
Saturday, February 7, 2009
Inflasi Ancaman Yang Senyap!!
Namun begitu kita perlu kaji apakah sebabnya dan bagaimana kita boleh mengatasinya?
Apakah itu inflasi?
Inflasi ditakrifkan sebagi peningkatan bernasur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan, dan ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan. Sekiranya inflasi naik, setiap ringgit anda miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Dengan kata lain, terdapat kemerosotan dalam kuasa beli anda. Sebagai contoh. dari segi teori secawan teh tarik berharga RM1 akan berharga RM1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5 peratus.
Apakah Indeks Harga Pengguna (IHP)?
Indeks Harga Pengguna mengukur perubahan peratusan dalam kos bagi sekumpulan pengguna khusus 60% bandar , 40% luar bandar untuk membeli satu bakul yang mengandungi barangan dan perkhidmatan yang tetap dalam tempoh masa tertentu.
Barang-barang yang terdapat dalam bakul tersebut adalah;
- Makanan & minuman tidak beralkohol.
- Minuman beralkohol & tembakau.
- Pakaian & kasut.
- Perumahan,bekalan air, bekalan elektrik, gas dan bahan api lain.
- Perabot,peratatan isirumah, rutin penyenggaraan isirumah.
- Kesihatan.
- Pengangkutan.
- Komunikasi.
- Perkhidmatan rekreasi.
- Pendidikan.
- Restoran & hotel
- Peblbagai barangan dan perkhidmatan lain
Bagaimanapun IHP adalah purata statistik dan tidak menggambarkan kadar inflasi anda.
Apakah sebab-Sebab Berlakunya Inflasi?
- Permintaan tinggi tetapi bekalan adalah rendah. Jikalau permintaan meningkat lebih cepat sedangkan bekalan produk atau perkhidmatan adalah rendah. Ini bermakna terlalu banyak wang mengejar terlalu sedikit barangan.
- Peningkatan dalam kos pengeluaran. Apabila harga bahan mentah, kos pengeluaran akan meningkat. Ataupun pekerja mahukan gaji yang lebih tinggi kerana syarikat-syarikat biasanya akan memindahkan kos ini kepada pengguna.
Apakah kesan-kesan Inflasi?
Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunan masih rendah. Namun inflasi boleh menyebabkan krisis jika peratusannya meningkat lebih tinggi.
Contohnya;
- Pada tahun 1978 RM300 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga berempat orang.
- Pada tahun 2008 Rm300 boleh membeli barangan runcit satu minggu untuk keluarga berempat orang.
- Pada tahun 2028 Rm300 mungkin boleh membeli barangan runcit dua hari untuk keluarga berempat orang.
Contoh;
Kadar simpanan tetap 12 bulan = 4%
Kadar inflasi = 6%
Pulangan benar daripada pelaburan = 4% - 6% = -2%
Bagaimanakah kita boleh mengatasi inflasi?
Setelah mengetahui bagaiman inflasi boleh mengurangkan kuasa beli anda dengan drastik. Pelabur pelabur harus mempertimbangkan cara-cara melindungi pelaburan mereka daraipada kesan penghakisan inflasi. Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi.
- Mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan-pelaburan anda. Untuk melindungi simpanan anda daripada kesan inflasi bagi jangkamasa panjang, pilihan terbaik adalah dengan mendapat pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi. Ekuiti-ekuiti dan dana dana ekuiti serta saham-saham yang memberi dividen tinggi harus dipertimbangkan kerana mereka boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi.
- Mengekalkan kepelbagaian dalam pelaburan-pelaburan anda. Sebuah portfolio seimbang yang mengandungi saham, bon, dan sekuriti pasaran wang dapat mengurangkan risiko dan memberi perlindungan terhadap inflasi.
- Mengurangkan pemegangan wang tunai yang banyak.Walaupun anda mendapat kecairan dengan memegang wang di tangan atau menyimpannya di dalam simpanan tetap , wang tersebut mungkin akan mengurang nilainya melalui inflasi.Sebalinya pelabur-pelabur berisiko rendah boleh membuat pertimbangan untuk memindahkan wang mereka ke sebuah portfolio seimbang (terdiri daripada 60% ekuiti & 40% bon) untuk mendapat pulangan diselaraskan inflasi yang baik bagi tempoh sederhana hingga panjang.
- Melabur di dalam sektor-sektor yang berdaya tahan. Semasa keadaan pasaran yang tidak menentu , pelabur-pelabur boleh melabur dalam sekto-sektor berdaya tahan dan saham-saham mewah sebagai perlindungan terhadap inflasi. Sektor-sektor ini termasuk telekomunikasi, utiliti dan pengangkutan. Emas juga diibaratkan sebagai tempat perlindungan selamat dalam ketidakstabilan kewangan atau semasa inflasi menaik.
- Menguruskan hutang anda. Mengurangkan hutang anda ke tahap minima amat bermakna kerana kadar faedah menaik seiring dengan inflasi. Anda sepatutnya membayar habis pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang paling tinggi dengan secepat mungkin, terutama apabila kadar faedah sedang meningkat.
- oleh Milton Friedman
laman rujukan inflasi di Malaysia ; http://www.sabah.org.my , http://www.tutor.com.my
Thursday, January 29, 2009
EKONOMI & ANDA
Dalam masa sekarang kita perlu ambil peluang menambah pelaburan untuk keperluan masa hadapan . Ketika ekonomi merudumlah untuk menambah pelaburan. Dengan harga yang murah kita dapat unit yang banyakkk..
Untuk keterangan lanjut hubungi;
mdsulaiman1@gmail.com o13-7556776


