Investment, Unit Trust , Takaful ,Retirement & Education Fund
(KWSP, Tunai, DDI, SI , Kredit/Debit)
Sunday, January 3, 2010
Selamat Tahun Baru 2010
Untuk sasaran kewangan anda , jadi....
Adakah kita sudah mencapai sasaran kewangan kita untuk simpanan persaraan dan pendidikan. Adakah kita sudah mengambil perlindungan takaful untuk diri sendiri atau pendidikan anak. Jika belum dapatkan melalui saya mdsulaiman1@gmail.com .
Saya ucapkan selamat tahun baru, semoga harapan dan cabaran baru ditempuhi dengan penuh kesabaran.
Talian hayat : 013-7556776
Tuesday, December 15, 2009
7 Kesilapan Dalam Pengurusan Wang
JIKA anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar daripadanya.
Gagal Merancang
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah "Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya".
Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat `merancang kewangan' akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.
Berbelanja Melebihi Kemampuan
Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman.
Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.
Berbelanja Menggunakan Kad Kredit
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad.
Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.
Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.
Lewat Menabung Untuk Hari Tua
Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung
Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.
Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian
Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Justeru, pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.
Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan
Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama jika kita hilang pendapatan/pekerjaan.
Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.
Terlampau Memikirkan Pasal Wang
Dalam usaha memupuk tabiat merancang kewangan, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan.
Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.
· Artikel ini disediakan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC). Sila layari laman web Pelabur Malaysia, www.min.com.my untuk mendapatkan tip pelaburan bijak.
Saturday, November 21, 2009
PERUNDING KEWANGAN ISLAM DIPERLUKAN
KEISTIMEWAAN;
& Gaji Yang Lumayan
& Kenaikan Gaji Setiap Bulan
& Waktu Kerja Yang Bebas
& Risiko Rendah
& Bonus Tahunan Yang Tinggi
& Kenaikan Pangkat Yang Mudah
& Peluang Melancong Setiap Tahun
& Kerjaya Mulia
KELAYAKAN ;
& Warganegara Malaysia berumur 21 tahun keatas
& Memiliki sekurang-kurangnya SPM Pangkat 3
& Beragama Islam
& Sediakan 6 keping gambar
& Salinan Maykad 2 keping
& Salinan Sijil
SKOP KERJA ;
& Menawarkan perkhidmatan perundingan kewangan antaranya
& Menjual Unit Amanah
& Menjual Wasiat Islam
Untuk Maklumat / Keterangan lanjut, sila hubungi:
MD SULAIMAN (013 7556776)@ email resume anda ke mdsulaiman1@gmail.com
Pengambilan akan dilakukan pada setiap hari jumaat.
Individu-individu yang ingin menubuhkan JPlatinum Group dikawasan tertentu adalah dialu-alukan
( Kota Tinggi, Segamat, Kulai, Kluang, Batu Pahat, Muar, Pontian ).
Saturday, September 19, 2009
SOALAN-SOALAN LAZIM
Dividend unit trust adalah diantara 10% hingga 15% setiap tahun terkompoun dengan syarat mestilah disimpan lebih daripada 3 tahun. Prestasi sebenar pelaburan public mutual yang sebelum ini ada dana memberikan pulangan 100% dalam masa 5 tahun, maka setiap tahun agihan dan kenaikan modal memberikan dividen terkompoun sebanyak 15%. Ini dapat dibuktikan melalui formula FV=PV (1+i) n. Tetapi dalam keadaan ekonomi sekarang, pelabur yang baru melabur 6 bulan telah mendapat pulangan diantara 20% hingga 30%, mereka boleh mengeluarkan duit tanpa perlu menunggu 3 tahun.
Unit trust bermaksud pengumpulan unit. Setiap pelabur diberi pemilikan dalam bentuk unit. Unit akan bertambah setiap kali pemberian dividend tahunan. Setiap tahun pemberian unit adalah berdasarkan unit yang terkini. Setelah tahun ke lima unit di dalam pegangan pelabur semakin bertambah dan didarabkan dengan harga semasa RM 0.20, pelabur TIDAK RUGI. Ini dibuktikan melalui prestasi sebenar, Public Ittikal pada tahun 1997 harga pengenalan seunit adalah RM 0.95, pelaburan bernilai RM100,000 telah menjadi RM 199.987 pada 2005 walaupun pada ketika harga jualan Public ittikal hanyalah RM 0.75. Secara logiknya duit pelabur hanya tinggal RM75,000 tetapi mengapa pelabur untung? Ini disebabkan unit di dalam pegangan telah meningkat melalui pemberian dividend tahunan.
KPF adalah Koperasi Permodalan Felda yang memberikan dividen 10% hingga 14%. Bank Rakyat pula adalah 15%, Dividen KPF & Bank rakyat adalah payout. Sekiranya dilaburkan 10 tahun, 10 ribu di KPF @ Bank rakyat hanya memberikan RM25 ribu (capital + payout dividen) manakala unit trust adalah dividen terkompoun dan terbukti RM 34 ribu dalam masa 10 tahun. KPF & Bank Rakyat tertakluk dibawah akta koperasi dan mempunyai had yang terhad. Pelabur terpaksa menunggu giliran dan had KPF hanya RM250 ribu sahaja.
Pelaburan unit amanah dilaburkan di dalam berpuluh kaunter malahan beratus kaunter. Pegangan adalah dalam bentuk unit. Unit tidak akan berkurang walaupun seunit. Risiko untuk duit hilang amatlah tipis memandangkan duit pelabur di dalam "safeguard" pemegang amanah sepeti amanah raya berhad, maka syarikat pengurusan unit amanah tidal boleh sewenang-wenangnya melaburkan duit pelabur. Semua aktiviti pelaburan adalah tertakluk di bawah "surat ikatan" ataupun "DEEDS".
5) Apakah yang akan saya dapat, bila saya melabur?
Dalam masa 3 minggu encik akan dapat statement daripada public mutual. 2 kali setahun encik akan dapat report separuh tahun “interim report” dan laporan tahunan “ Annual report”.
6) Apakah perbezaan pelaburan KWSP & Unit Trust?
Pelaburan KWSP kebanyakannya dilaburkan di sekuriti dan bon kerajaan Malaysia, maka pulangannya adalah rendah berbanding unit trust. Pelaburan di KSWP memerlukan 14 tahun untuk sekali ganda, manakala di unit trust terbukti 5 tahun sekali ganda.
7) Apa perbezaaan pelaburan ASB & Unit Trust?
ASB adalah di bawah PNB dibawah kerajaan, Public mutual adalah syarikat unit trust swasta. ASB memberikan dividen terkompoun 8% manakala Public Mutual daripada 10% hingga 15%. Duit di ASB memerlukan 9 tahun untuk sekali ganda manakala Public Mutual terbukti 5 tahun sekali ganda.
8) Adakah pelaburan unit trust telah dizakatkan?
Untuk maklumat lanjut hubungi : 013-7556776 - Md Sulaiman
