Pelaburan, Unit Amanah , Takaful , Simpanan Persaraan & Pendidikan,
Investment, Unit Trust , Takaful ,Retirement & Education Fund
(KWSP, Tunai, DDI, SI , Kredit/Debit)

Saturday, February 7, 2009

Inflasi Ancaman Yang Senyap!!

Dua puluh tahun yang lalu harga nasi lemak hanya berharga 50 sen . Hari ini telah naik sehingga RM5. Jadi jangan terkejut jika sepuluh tahun lagi kita akan terpaksa membayar dua kali ganda harga sekarang. Semuanya kerana inflasi. Inflasi berganda boleh memberi kesan buruk dan taraf hidup anda sekiranya tidak diawasi.

Namun begitu kita perlu kaji apakah sebabnya dan bagaimana kita boleh mengatasinya?

Apakah itu inflasi?
Inflasi ditakrifkan sebagi peningkatan bernasur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan, dan ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan. Sekiranya inflasi naik, setiap ringgit anda miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Dengan kata lain, terdapat kemerosotan dalam kuasa beli anda. Sebagai contoh. dari segi teori secawan teh tarik berharga RM1 akan berharga RM1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5 peratus.

Apakah Indeks Harga Pengguna (IHP)?
Indeks Harga Pengguna mengukur perubahan peratusan dalam kos bagi sekumpulan pengguna khusus 60% bandar , 40% luar bandar untuk membeli satu bakul yang mengandungi barangan dan perkhidmatan yang tetap dalam tempoh masa tertentu.

Barang-barang yang terdapat dalam bakul tersebut adalah;
  • Makanan & minuman tidak beralkohol.
  • Minuman beralkohol & tembakau.
  • Pakaian & kasut.
  • Perumahan,bekalan air, bekalan elektrik, gas dan bahan api lain.
  • Perabot,peratatan isirumah, rutin penyenggaraan isirumah.
  • Kesihatan.
  • Pengangkutan.
  • Komunikasi.
  • Perkhidmatan rekreasi.
  • Pendidikan.
  • Restoran & hotel
  • Peblbagai barangan dan perkhidmatan lain

Bagaimanapun IHP adalah purata statistik dan tidak menggambarkan kadar inflasi anda.

Apakah sebab-Sebab Berlakunya Inflasi?

  • Permintaan tinggi tetapi bekalan adalah rendah. Jikalau permintaan meningkat lebih cepat sedangkan bekalan produk atau perkhidmatan adalah rendah. Ini bermakna terlalu banyak wang mengejar terlalu sedikit barangan.

  • Peningkatan dalam kos pengeluaran. Apabila harga bahan mentah, kos pengeluaran akan meningkat. Ataupun pekerja mahukan gaji yang lebih tinggi kerana syarikat-syarikat biasanya akan memindahkan kos ini kepada pengguna.

Apakah kesan-kesan Inflasi?
Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunan masih rendah. Namun inflasi boleh menyebabkan krisis jika peratusannya meningkat lebih tinggi.

Contohnya;
  • Pada tahun 1978 RM300 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga berempat orang.
  • Pada tahun 2008 Rm300 boleh membeli barangan runcit satu minggu untuk keluarga berempat orang.
  • Pada tahun 2028 Rm300 mungkin boleh membeli barangan runcit dua hari untuk keluarga berempat orang.
Dengan memahami perbezaan di antara pulangan nominal dan pulangan benar, anda akan dapat melihat kesan inflasi pada wang anda. Pulangan nominal merujuk kepada pertumbuhan wang anda manakala pulangan benar ialah pertumbuhan kuasa beli anda iaitu pulangan nominal menolak kada inflasi. Oleh demikian wang yang dsimpan dalam simpanan tetap akan mengurang nilainya disebabkan kesan penghakisan inflasi.

Contoh;

Kadar simpanan tetap 12 bulan = 4%
Kadar inflasi = 6%
Pulangan benar daripada pelaburan = 4% - 6% = -2%


Bagaimanakah kita boleh mengatasi inflasi?
Setelah mengetahui bagaiman inflasi boleh mengurangkan kuasa beli anda dengan drastik. Pelabur pelabur harus mempertimbangkan cara-cara melindungi pelaburan mereka daraipada kesan penghakisan inflasi. Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi.

  1. Mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan-pelaburan anda. Untuk melindungi simpanan anda daripada kesan inflasi bagi jangkamasa panjang, pilihan terbaik adalah dengan mendapat pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi. Ekuiti-ekuiti dan dana dana ekuiti serta saham-saham yang memberi dividen tinggi harus dipertimbangkan kerana mereka boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi.
  2. Mengekalkan kepelbagaian dalam pelaburan-pelaburan anda. Sebuah portfolio seimbang yang mengandungi saham, bon, dan sekuriti pasaran wang dapat mengurangkan risiko dan memberi perlindungan terhadap inflasi.
  3. Mengurangkan pemegangan wang tunai yang banyak.Walaupun anda mendapat kecairan dengan memegang wang di tangan atau menyimpannya di dalam simpanan tetap , wang tersebut mungkin akan mengurang nilainya melalui inflasi.Sebalinya pelabur-pelabur berisiko rendah boleh membuat pertimbangan untuk memindahkan wang mereka ke sebuah portfolio seimbang (terdiri daripada 60% ekuiti & 40% bon) untuk mendapat pulangan diselaraskan inflasi yang baik bagi tempoh sederhana hingga panjang.
  4. Melabur di dalam sektor-sektor yang berdaya tahan. Semasa keadaan pasaran yang tidak menentu , pelabur-pelabur boleh melabur dalam sekto-sektor berdaya tahan dan saham-saham mewah sebagai perlindungan terhadap inflasi. Sektor-sektor ini termasuk telekomunikasi, utiliti dan pengangkutan. Emas juga diibaratkan sebagai tempat perlindungan selamat dalam ketidakstabilan kewangan atau semasa inflasi menaik.
  5. Menguruskan hutang anda. Mengurangkan hutang anda ke tahap minima amat bermakna kerana kadar faedah menaik seiring dengan inflasi. Anda sepatutnya membayar habis pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang paling tinggi dengan secepat mungkin, terutama apabila kadar faedah sedang meningkat.
Inflasi boleh ditakrifkan sebagai percukaian tanpa perundangan
- oleh Milton Friedman

laman rujukan inflasi di Malaysia ; http://www.sabah.org.my , http://www.tutor.com.my

Thursday, January 29, 2009

EKONOMI & ANDA

Dah lama benar saya tidak update blog ni. Al-maklum ada beberapa bisnes yang perlu dijalankan . Hari ini saya nak cerita pasal ekonomi sebab semua orang kata ekonomi sekarang tak bagus dan tak menentu. Kalau kita renungkan istilah ekonomi itu sendiri. Ianya bermaksud gelagat manusia seharian . Kalau kita takut nak berbelanja ini bermakna pusingan ekonomi tak baguslah.

Dalam masa sekarang kita perlu ambil peluang menambah pelaburan untuk keperluan masa hadapan . Ketika ekonomi merudumlah untuk menambah pelaburan. Dengan harga yang murah kita dapat unit yang banyakkk..

Untuk keterangan lanjut hubungi;
mdsulaiman1@gmail.com o13-7556776

Thursday, January 1, 2009

TAHUN BARU 2009

Selamat datang tahun 2009, selamat tinggal 2008... Namun banyak peristiwa yang berlaku tahun lepas. Jadikan tahun lepas sebagai satu cabaran positif untuk terus maju.

Berkenaan pelaburan unit amanah yang dibuat pada tahun lepas agar dapat diteruskan dan buat penambahan untuk kos purata unit semasa harga di bawah harga sebenar.

Kepada pelanggan-pelanggan saya yang budiman agar terus melabur untuk jangkamasa panjang . Fikir secara positif 10 ~ 20 tahun untuk persaraan anda.

Harga minyak mentah turun dibawah USD40 setong memberi rahmat kepada pemilik kenderaan kerana harga petrol juga turun tetapi jangan membazirkan wang anda kerana ekonomi dunia masih muram. Fikirkan "Unit Trust" dan tambah secara konsisten.

Buang yang keruh , ambil yang jernih.

Sunday, December 21, 2008

Pelaburan , Inflasi & Dividen

Cerita 1.

Baru-baru ini PNB mengeluarkan kenyataan dividen dan bonus 8.75% akan tetapi ini adalah pelaburan ketika sebelum masa saham di bursa saham Kuala Lumpur jatuh merudum kerana kesan daripada krisis sub-prima AS.

Namun pelabur unit amanah adalah disarankan terus menambah pelaburan supaya dapat pulangan pada masa depan ketika harga terkini masih rendah ,dan mendapat unit yang banyak.
Semalam penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup 8.33 mata lebih tinggi pada 854.80, selepas dibuka tinggi sebanyak 0.04 mata pada 846.51 pagi semalam . Pelabur-pelabur utama menambah pegangan ke atas saham berprestasi ( saham di bawah nilai ).

Cerita 2.

Keadaan semasa harga komoditi minyak mentah jatuh di bawah USD50 setong, dan hari ini USD 43 setong ekoran krisis sub-prima AS. Ini adalah disebabkan permintaan dari Eropah & AS menurun kesan daripada pendapatan rakyat AS terjejas. Pemberhentian pekerja meningkat dan terkini kira-kira 50 juta rakyat AS menganggur. Kini harga minyak petrol RM1.80 seliter..

Namun ketika harga minyak turun , tapi harga bahan makanan masih tak turun-turun. Yang hanya turun roti canai 10 sen . Pasaraya besar utama di Malaysia memukul canang turunkan harga lebih dari 2000 barangan. Adakah barangan ini menjadi keperluan atau sampingan sahaja.
Fikirkan sendiri , pilih mana yang kita nak saja. Yang kita lihat sekarang ini inflasi 5.7% pada bulan November 2008.

Jadi cuba kita bayangkan dengan inflasi 5.7% setahun tetapi dividen KWSP 5% setahun . Adakah wang yang kita ada dalam KWSP mencukupi untuk masa hadapan. Cuba bayangkan secawan kopi 10 tahun lalu dengan sekarang. Sebenarnya kita masih rugi sebab harga barangan semakin lama semakin meningkat tanpa disedari walaupun ianya hanya naik 5 sen setiap 3 bulan .Gaji tak tambah-tambah tetapi perbelanjaan harian bertambah.

Justeru itu pencarum KWSP melabur dalam unit trust untuk jangka masa panjang.
Untuk maklumat lanjut hubungi mdsulaiman1@gmail.com 013-7556776

KRISIS EKONOMI ADALAH PELUANG KEEMASAN

Monday, December 8, 2008

Kerjaya Sebagai Perunding Unit Amanah

Anda akan dilatih untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan latihan yang sistematik dan mudah.Peluang kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah sangat menarik dan kompetitif serta mampu memberikan peluang pendapatan berterusan yang sangat mengalakkan di samping kebebasan masa.

Sebagai Perunding Unit Amanah anda mempunyai pasaran yang sangat luas di mana wang simpanan EPF berjumlah RM300 bilion boleh dilaburkan di dalam skim ini. Umat Islam juga masih baru dalam industri ini. Pasaran di kalangan orang melayu sendiri sangat luas dan masih belum diterokai sepenuhnya.

Anda adalah layak menjadi Perunding Unit Amanah dengan hanya perlu memiliki sijil SPM dan menduduki peperiksaan (CUTE) yang mudah.

=== Adakah ini sebahagian impian anda ? ====
1) Ingin mendapat pendapatan yang TIADA LIMIT
2) Ingin bekerja bebas (Independent), tiada boss. ANDA ADALAH BOSS DIRI
ANDA SENDIRI.
3) Ingin bekerja mengikut MASA ANDA SENDIRI
4) Ingin bekerja secara FULL TIME atau PART TIME. Pilih sendiri
5) Ingin berniaga sendiri tetapi TIADA MODAL.
6) Ingin tinggal di kampung sendiri tidak mahu berpindah

PALING PENTING IANYA BERLANDASKAN SYARIAH DAN TERTAKLUK DI BAWAH AKTA SURUHANJAYA SEKURITI SEKSYEN 18 UNDANG-UNDANG MALAYSIA



Langkah-langkah menjadi agent unit trust ialah :
1. Isi borang yang akan diberikan oleh saya kepada anda

2. Sediakan dokumen yang berikut:
a) 2 salinan Kad Pengenalan
b) 1 salinan sijil SPM
c) 1 salinan buku public bank (muka kedua tercatat nama dan nombor akaun)
d) 6 keping gambar passport
e) Yuran RM250.00 (akan dikembalikan selepas layak dalam masa 6 bulan)

3. Kembalikan borang yang telah dilengkapkan kepada kami.
4.Bersedia dan ambil peperiksaan CUTE
5. Jika LULUS anda akan diberikan lesen dan anda sudah layak menjadi Perunding Unit Trust.

Oleh yang demikian, jika anda tercari-cari peluang untuk menjadi usahawan Unit Trust hantar maklumat diri anda ke :-

email : mdsulaiman1@gmail.com
call/sms: 019-7680598/013-7556776